Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kebiasaannya, set MeleTop sentiasa meriah dengan gelak tawa para selebriti yang hadir sebagai jemputan, ditambah pula celoteh para pengacaranya.

Namun, minggu ini agak berlainan sedikit suasananya apabil set MeleTop bertukar hiba dengan kehadiran Fad, Achey dan Ali Puteh sebagai tetamu bagi berkongsi kisah pemergian arwah Abam.

Kongsi kenangan terindah dengan Abam

Mereka bertiga telah dijemput ke rancangan Meletop semalam dan berkongsikan kenangan terindah mereka bersama dengan Abam ketika arwah masih ada.

Antara kata-kata atau pesanan terakhir dari arwah Abam Bocey

Jihan & Nabil tak mampu tahan sebak

Bagaimana pun, kelihatan pengacara pada malam itu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sepertinya tidak mampu untuk menahan sebak mendengar kisah perjalanan akhir hidup Abam.

Usaha Nabil dan Jihan kawal emosi

Dapat diperhatikan, sebelum mula menemubual, Nabil dan Jihan cuba mengawal perasaan mereka supaya tidak terbawa emosi ketika sedang bersiaran langsung.

Berada dalam industri yang sama iaitu sebagai pelawak, sudah pastinya pemergian Abam memberi kesan buat Jihan dan Nabil yang juga turut mengenali arwah sebagai sahabat.

Lihat video penuh dibawah:

Apa kata anda? Dah baca sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *