Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Keretakan rumah tangga antara Nadia Brian dan suaminya iaitu Muizz Nasruddin telah ‘dihidu’ ramai pihak apabila masing-masing tak lagi kongsi gambar bersama di laman sosial.

Malah status rumah tangga mereka juga bagaikan telur di hujung tanduk apabila Muizz memuat naik foto berserta kapsyen bahawa dirinya dikhianati.

Dah tak tinggal sebumbung sejak 3 bulan lepas…tapi Nadia bukan dihalau

Dalam perkembangan terbaru, Muizz mendedahkan bahawa mereka masih sah bergelar suami isteri walaupun sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir 3 bulan lalu.

Sambil menafikan dakwaan bahawa Nadia dihalau, pengurus akaun di sebuah syarikat swasta sebaliknya telah berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, perkara itu ditolak oleh Nadia yang kini tinggal di rumah ibunya.

Moment suami setuju syarat talak khuluk undang sebak ramai

Selaku individu yang mengikuti perkahwinan mereka dari awal lagi, wartawan Zaidi Mohamad mengakui turut terkesan dengan berita duka tersebut.

Menerusi Instagram, dia telah memuat naik sepotong video yang memaparkan Muizz bersetuju dengan syarat ‘talak khuluk’ di hari pernikahan pada 9 November tahun lepas sambil mengharapkan hubungan mereka baik-baik saja.

Maksud Talak Khuluk

Selain rakan artis, rata-rata netizen turut sebak menyaksikan semula babak tersebut dan menyifatkan Muizz sebagai suami yang baik. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar kedua-duanya boleh berdamai dan bersatu semula.

 

I cried watching this

Ini barulah lelaki sejati

Sedihnya

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih

Sumber: IG jaydeesm via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *