Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disabitkan sebanyak tujuh kesal4han berhubung peny4lahgunaan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd selesai membayar wang jaminan tambahan RM1 juta yang diperintahkan Mahkamah Tinggi pada hari semalam.

Semalam dah banyak kamera

Najib, 67, yang hadir memakai baju kemeja biru tiba di mahkamah pada jam 1 tengah hari bersama anaknya Norashman yang difahamkan penjamin kepada bapanya.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudian dilihat keluar dari kaunter Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi dan beredar dari mahkamah pada jam 1.30 tengah hari.

Semasa fotonya dirakam jurukamera, Najib sempat berseloroh dengan berkata “semalam dah banyak gambar dah” sebelum berjalan ke arah lobi mahkamah.

Semalam, Najib diperintahkan membayar ikat jamin tambahan RM1 juta selepas mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pendakw4an berjaya

Beliau didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pend4kwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan yang dihadapi Najib baru baru ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertudvh melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan sebagai syarat tambahan selepas hakim memberikan keputusan.

Beliau dijatuhi hukvman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan setiap tiga kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun dalam kes menyal4hgunakan kedudukan.

Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukvman penjara selama 12 tahun selepas Mohd Nazlan memerintahkan kesemua hukvman penjara itu berjalan serentak.

Harapnya keadaan Najib Tun Razak baik baik sahaja dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat kesimpulan yang bukan bukan terhadap apa yang berlaku kepada bekas PM kita, Tan Sri Najib.

Apa pendapat anda? Jangan lupa komen yang baik baik je !

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *