Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

MEREKA yang tak minat subjek Matematik Tambahan pun sanggup tonton video sampai habis.

Mungkin itulah gambaran tepat mengenai pesona seorang guru viral, Fathi Hussein yang sering muncul di media sosial dengan video-video ilmiahnya.

Jika sebelum ini dia banyak menghasilkan video di pusat tuisyen, namun kali ini jejaka berusia 20-an itu tampil berbeza apabila membuat rakaman di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

“Masa tu nak pergi mandi sungai, kebetulan ada white board dalam kereta. Jadi saya dapat idea untuk buat rakaman di situ bersama seorang lagi guru Matematik iaitu Amir Maaruf.

“Sebenarnya video tu untuk bagi orang tengok yang Matematik Tambahan ni bukanlah subjek yang susah. Kita buat video santai, bagi mereka rasa tertarik nak belajar,” ujarnya kepada kami.

Menurut Fathi lagi, cara pengajaran masa kini juga sudah berbeza memandangkan pelajar pada zaman sekarang cukup pantas berkembang seiring kewujudan pelbagai teknologi.

Enggan menggunakan teknik pengajaran konvensional, dia cuba mencari jalan kreatif mengikut trend semasa bagi menarik minat golongan itu.

“Sebagai cikgu, kita kena berubah ikut aliran semasa. Pelajar sekarang ni up to date dengan media sosial. Dengan satu klik, ilmu boleh dapat di hujung jari.

“Saya bawa elemen baharu, buat mereka rasa dekat. Barulah boleh tarik mereka untuk meneroka subjek ini.

“Pada saya, Matematik Tambahan ni bukan sekadar subjek sahaja. Kita boleh berseni, berkarya dengannya. Yang penting pelajar kena berani.

“Kalau ber@ni buat salah, baru boleh perbaiki diri. Ada pelajar tak nak berfikir sebab takut salah. Kalau ber@ni buat salah, maknanya mereka ber@ni berfikir,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Fathi yang mendapat liputan mStar gara-gara kemalangan motosikal di Sungai Ramal Dalam, Bangi pada Ogos tahun lalu turut berkongsi keadaan kesihatan semasa dirinya.

Setelah enam bulan berlalu, dia masih lagi menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan memandangkan kakinya belum pulih sepenuhnya.

“Kalau ikutkan empat bulan dah OK tapi tulang saya tak bersambung penuh lagi. Dalam 90 peratus dah sembuh.

Antara perancangan Fathi bersama rakan sepasukannya, Sirpuloh pada tahun ini termasuklah seminar Matematik Tambahan yang turut diselitkan dengan subjek Biologi, Perniagaan dan Ekonomi.

Seminar pertama akan berlangsung pada 29 Februari di Selangor dan akan disusuli beberapa negeri yang masih dalam perancangan seperti Pahang, Melaka, Kelantan atau Terengganu.

 

View this post on Instagram

 

Amboi meriahnyaa sir @fathihussein . Siap ajar add math kt dalam sungai. #mstaronline #mstarMoi

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *