Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak hujung tahun lepas, resepi masakan daging harimau menangis yang cukup popular di Thailand telah tular selepas ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mengeluarkan produk tersebut.

Mendapat permintaan tinggi, daging harimau menangis keluaran beliau mulai disebut-sebut selepas videonya memasak resepi terbabit dimuat naik ke Instagram.

Orang dah berzaman guna

Namun begitu, menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @azrulhaqim, dia meluahkan rasa kesalnya apabila Kartini didakwa telah membuat permohonan trademark Daging Harimau Menangis sebagai nama produk keluarannya.

Bunuh peniaga kecil?

Hal ini membuatkan orang ramai mulai berasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu ‘membunuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Menangis.

Dari dulu memang panggil Harimau Menangis

Kesian brand lain nak kena fikir nama lagi

Jom Lihat Video Dibawah:

Baru buat permohonan

Walau bagaimanapun, ada netizen yang memuat naik permohonan Kartini dipercayai berkenaan trademark Daging Harimau menangis itu dan memaklumkan permohonan baru sahaja dibuat.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak beliau berhubung kontroversi yang tular di media sosial terutamanya di Twitter.

Perkongsian tersebut hanya dimaklumkan daripada sebelah pihak dan kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan sebetulnya.

Sumber: azrulhaqim, Bafourabakery

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *