Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

”Dengan rasa sangat hiba, Kawan Karib saya, Ashraf Daniel bin Mohamad Sinclair pulang ke rahmatuIIah pagi tadi 540am. Saya menulis ini dalam penerbangan ke Jakarta, akan melihat kamu untuk kali terakhir.”

Demikian tulisan luahan Nazril Idrus atau lebih dikenali Nash, yang juga suami kepada personaliti terkenal Sazzy Falak di Instagram beliau yang menyentuh hati ramai.

Perkongsian itu ditulis Nash yang merupakan rakan baik Allahyrham Ashraf Sinclair ketika dalam penerbangan ke Jakarta bagi memberi penghormatan terakhir.

”Ashraf Daniel Sinclair, kamu adalah pendengar setia saya, satu-satunya lelaki yang saya bercakap ketika memerlukan.

”Kita bercakap tentang segala-galanya dari kehidupan, kekayaan dan juga kem4tian

”Kamu mengajar saya erti hidup. Bagaimana untuk mengambil langkah ke belakang, bernafas , pilih dan bertindak. Kamu memberitahu saya tentang bagaimana kita mesti memilih kehidupan. Bagaimana kita mesti mencari tujuan sebenar hidup ini.

”Bagaimana kita harus hidup sepenuhnya, berusaha sehabis upaya, setiap hari.

”Jadi apabila kita mninggaI, kita tahu kita telah hidup dengan bermakna dan dikasihi semua.

”Bahawa kita telah hidup di atas muka bumi ini dengan seikhlas hati, kerana mengetahui bahawa kita akan pergi jua pada bila-bila masa, bersedia untuk bertemu pencipta kita Allah Yang Maha Kuasa.

”Kamu memberitahu saya untuk melakukan satu perkara yang selalu saya lupakan, iaitu ‘bernafas’

”Kemudian kita bercakap tentang bagaimana kita tidak boleh mementingkan diri sendiri, bagaimana kerja kita adalah untuk membantu orang lain sebanyak mungkin.

”Kamu lelaki yang cemerlang. Seorang lelaki yang berhati mula, penuh dengan kebaikan, integriti, kebijaksanaan.

”Saya masih tidak percaya kamu telah pergi.

”Beberapa bulan yang lalu, kita bercakap tentang isyarat kem4tian dan bagaimana isyarat itu mempunyai petanda sesuatu. Isyarat dari alam semesta, Yang Maha Kuasa

”Tetapi satu perkara yang saya tahu, dalam beberapa bulan terakhir sehingga nafas terakhir, saya tahu kamu sangat bahagia dengan kehidupan bersama Bunga, Noa dan semua orang yang penting kepada kamu.

”Saya tahu kamu tidak menyesal menjalani kehidupan ini, dan saya menjaminnya. Ia seolah-olah kamu telah bersedia untuk hari ini.

”Semoga rohmu diletakkan dikalangan orang-orang beriman. Semoga kita bertemu kembali di Syurga Jannah.

Terdahulu Nash Idrus turut berkongsi kata-kata mendalam Allahyarham Ashraf Sinclair kepadanya apabila jatuh ketika menaiki basikal, “Hidup ini amat rapuh”, kata Ashraf.

Menurut personaliti terkenal itu ketika dihubungi, Allahyarham sentiasa berfikir secara mendalam mengenai kehidupan dan kata-katanya sering penuh makna.

”Hari itu, saya terjatuh basikal. Very interestingly, dia cakap ia satu signal yang hidup ini very fragile.

”Dia seorang yang boleh buka hati dan mata saya tentang hidup, tentang bagaimana untuk menjadi seorang lelaki.

”Itu antara perkara yang saya rasa sangat hiba sebab sudah kehilangan seorang macam dia,” kata Nash, yang juga suami kepada personaliti terkenal Sazzy Falak.

Ashraf Sinclair mninggaL dnia akibat srangan jantung pada awal pagi Selasa di Jakarta, Indonesia pada usia 40 tahun. Allahyarham meninggalkan isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah yang berusia 10 tahun. Menurut Nash, Allahyarham sentiasa berusaha agar hidup sehariannya dipenuhi dengan semangat.

”Saya rasa dalam masa tiga bulan terakhir, he has lived his life to the fullest.

”Ashraf bukan orang biasa. Ashraf bukan di atas awang-awangan. Dia bukan normal. Dia very grounded.”

Kata Nash, Allahyarham sentiasa fokus dalam menambah baik kehidupan sehariannya yang cukup bermakna apabila diluangkan bersama keluarga.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *