Skodeng Artis

Tudung Labuh & Berpurdah? Ini Respon Neelofa Dan Ibu Neelofa

Sejak akhir-akhir ini, ramai sudah mula perasan mengenai penampilan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa yang kelihatan lebih sopan.

Terbaru menerusi laman Instagram ibu Neelofa iaitu Noor Kartini, sebuah video memaparkan reaksinya ketika melihat selebriti tersebut tampil dengan imej berpurdah.

Ibu terharu lihat Neelofa berpurdah

Rakaman video berdurasi 20 saat itu memperlihatkan selebriti berusia 31 tahun itu dalam imej penuh sopan dengan tudung labuh serta berpurdah, didakap erat oleh ibunya.

Menerusi entri Noor Kartini, beliau memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang anak yang solehah seperti Neelofa.

Dalam pada itu, ramai peminatnya yang menyambut baik penampilan tersebut malah pengacara MeleTOP itu turut berkongsi fotonya mengenakan purdah.

Ini kenyataan Neelofa di laman rasmi Twitternya.

Jom baca komen netizen

Semoga terus istiqomah love

MasyaAllah, Bidadari Syurga

Cantiknya Lofa

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Neelofa & Noor Kartini via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *