Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Ramai yang sudah mengetahui soal pergolakan rumah tangga di antara pelakon Shaarnaz Ahmad dan kakak kepada Neelofa, Nor Nabila Mohd Noor sejak dari tahun lalu lagi.

Tambahan pula, Sharnaaz pun ada bersua mengatakan bahawa dirinya sudak tidak tinggal serumah dengan Nabila walaupun pada masa yang sama, Sharnaaz sudah cuba mempertahankan rumah tangga mereka.

Menerima dengan hati terbuka

Meskipun sudah banyak pengorbanan yang dibuat, akhirnya pada 9 Julai lalu, mereka sudah pun bercer4i di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan secara hakam.

Perkara itu turut disebut oleh kakak pengacara MeleTOP, Neelofa sendiri ketika dihubungi Harian Metro baru baru ini untuk mendapatkan kenyataan daripada Nabila.

Mesipun kejadi4n itu sesuatu yang tidak diingini oleh beberapa pasangan rumah tangga di luar sana, mereka menerimanya dengan hati terbuka dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Tidak lupa juga, media juga ada mengambil kenyataan daripada adiknya, Neelofa mengenai perkara tersebut.

Neelofa buka mulut

Neelofa ada menyebut yang dia sendiri bangga dengan sikap professional kakaknya serta abang iparnya, Sharnaaz dalam menangani masalah ini dan cara mereka membesarkan anak lelaki mereka.

“Tiada banyak yang saya mahu komen mengenai percer4ian mereka”.

“Tetapi apa yang boleh saya kongsi, saya kagum hubungan Sharnaaz dan Nabila kerana biarpun sudah bercer4i, mereka sangat profesional”.

“Kalau orang datang ke rumah tengok mereka, orang akan ingat mereka masih bersama. Memang tidak nampak hubungan mereka bermasalah,” katanya kepada BH Online”.

Tambah Neelofa, dia sangat menghormati Sharnaaz apabila pelakon itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak saudaranya, Jebat Jayden dengan sangat baik biarpun tidak tinggal bersama.

“Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah meluangkan masa bersama anaknya, kadang-kadang sampai dua kali dalam sehari”.

“Jujurnya saya sangat hormati Sharnaaz kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan sangat bagus”, jelas Neelofa lagi.

“Itulah satu perkara positif yang orang ramai kena tahu. Saya harap orang di luar sana yang mengalami keadaan yang sama, dapat menjadikan mereka sebagai contoh. Mereka boleh buat, mengapa tidak orang lain,” katanya.

Doa Neelofa buat kakak dan abang ipar

Walau bagaimanapun, Neelofa sentiasa mendoakan yang terbaik kepada kakak kesayangannya itu dan kepada Sharnaaz juga.

“Saya mendoakan Nabila dan Sharnaaz masing-masing dapat bertemu pasangan yang sesuai dan kekal sehingga akhir hayat,” titipnya.

Terdahulu, mereka telah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel yang berada di Petaling Jaya. Selepas itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Jebat Jayden.

Ha dah baca, jangan lupa komen yang baik baik!

Sumber : applehijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *