Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Bila dua usahawan bertemu… Itu yang boleh diperkatakan buat Datuk Seri Vida Dan Neelofa yang sempat merakam video pendek bersama sambil bergurau senda di antara satu sama lain.

Bersua menerusi satu majlis anjuran Majalah  Nona bari-baru ini, Datuk Seri Vida yang sinonim disapa sebagai DSV ada berseloroh, mengharapkan agar wanita cantik itu segera berkahwin seterusnya mendapat anak kembar.

“Saya harap Neelofa dapat anak kembar, kalau macam tu kena cepat bernikahlah Lofa. Saya pun tengah cari (pasangan) juga ni.

“Siapa kahwin dulu kita saksikan,” balas Neelofa terhadap DSV.

Sementara itu, menerusi ruangan kapsyen DSV juga memaklumkan kenangan lebih sembilan tahun dulu, ketika dirinya membawa rombongan produksi program Nona ke Morroco.

Jom Lihat Video Dibawah:

“SAPER KAWIN DULU, SAYA ATAU @neelofa .
walaupun TOK LAKI tah mana mana lagi.

”BERANGAN TAK SALAH…TAK PERLU BAYAR PUN, YG PENTING YAKIN. KATA KATA ADALAH DOA.

”Dah lama sy kenal LOFA, sejak 9tahun dulu. Saya pernah taja Rancangan NONA, bawa 1 bas g MOROCO,” tulisnya sambil bertanya siapa yang idamkan anak kembar.

Foto: Instagram Datuk Seri Vida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *