Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kira-kira jam 8 malam ini, selebriti jelita, Neelofa Mohd Noor, 31 akan mengeluarkan kenyataan berhubung khabar angin yang bertiup kencang berkenaan hubungannya dengan pendakwah muda, PU Riz.

Hal ini dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Shawn Amer menerusi maklumat yang diperoleh daripada Astro Awani.

Dalam pada itu, Shawn turut memaklumkan pihak mereka sedang menyiapkan kenyataan dan akan mengedarkannya kepada rakan-rakan wartawan dan berharap supaya semua pihak dapat bersabar sebentar.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mulai memenuhi ruangan komen di Instagram Astro Awani dengan pelbagai maklum balas.

Mereka berdoa agar urusan pasangan tersebut dipermudahkan dan segala berita-berita yang tidak sahih dapat dijelaskan secepatnya supaya tidak mengudang lebih banyak fitnah.

Harap baik2 saja

Netizen banyakkan bersabar jugak


Berat ujian Neelofa

Terdahulu, media sosial khususnya di Twitter trending nama Neelofa dan PU Riz atau Haris bin Ismail susulan beberapa muat naik qoute adik-beradik jelitawan tersebut yang seakan memerli seseorang.

Gambar-gambar semasa bertunang tempoh hari juga sudah tidak kelihatan di Instagam ibu dan adik-beradik Neelofa serta mereka juga tidak lagi mengikuti PU Riz di laman sosial tersebut.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Sinar_my, Astro Awani via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *