Hiburan Skodeng Artis

Video PU Riz Jawab Soalan Tentang Neelofa Sampai Merah Muka

Minggu lepas kecoh di media sosial dengan video serta foto penampilan PU Riz di majlis pernikahan adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa.

Nama kedua-dua selebriti ini siap menjadi trending di Twitter dan menjadi bualan hangat untuk beberapa hari.

Namun semalam rancangan ‘Melodi’ akhirnya telah berjaya mendapatkan kenyataan daripada pendakwah tersebut.

PU Riz tepis dakwaan mempunyai hubungan istimewa, akui hanya rakan sekerja

Dalam temubual berkenaan, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Muhd Ismail telah menepis dakwaan dan menjelaskan bahawa hubungan rapat mereka bukanlah kerana sudah menjalinkan percintaan.

Namun sebenarnya, pertalian dua individu ini menjadi akrab memandangkan sama-sama bekerja selain terlibat sebagai jurucakap bagi sebuah pertubuhan milik wanita itu.

Bijak menjawab setiap soalan biarpun diasak berkali-kali oleh wartawan

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian adalah cara pemuda berusia 25 tahun berkenaan menjawab soalan  daripada wartawan.

Kata-kata yang diluahkan disusun dengan penuh cantik dan bijak menjawab supaya tidak timbul sebarang kontroversi tanpa menyakitkan hati sebarang pihak.

Barulah sesuai jadi wartawan, mengasak in a polite way. Soalan dia semua yang peminat nak tanya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh pendakwah berkenaan.

Mereka juga turut menyokong sekiranya kedua-dua selebriti tersebut mempunyai hubungan bersama kerana dilihat sangat sepadan antara satu sama lain.

Jom tengok reaksi dari netizen.

Kami sokong PU dengan Neelofa

Wartawan memang kena macam itu.

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: Youtube TV9 Malaysia Official via Kisah Dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *