Ketika ini, hampir seluruh dunia sedang mengalami kesusahan ekoran daripada pendemik Covid-19 yang menular. Ekonomi dunia dilihat merundum jatuh kerana semua pihak terpaksa duduk dirumah untuk mengelakkan Covid-19 terus berleluasa.
Paling terkesan sudah pasti mereka yang berpendapatan rendah kerana terpaksa berhadapan dengan kehabisan simpanan bagi meneruskan kehidupan yang sememangnya kais pagi makan pagi.
Demi sesuap nasi
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dari Indonesia, dia telah memuat naik kisah seorang nenek yang tua yang tetap meneruskan perniagaan jamunya dengan berjalan kaki demi mencari duit makan dan membayar sewa rumah.
Umur 80 tahun masih mencari duit
Walaupun sudah berusia, nenek tua yang dikenali sebagai Mbah Sum tetap kuat mengerah tulang empat keratnya demi mencari duit.
Jom lihat video dibawah:
Terpaksa berjualan ketika pendemik
Ketika semua orang duduk di rumah kerana kerajaan Indonesia telah mengeluarkan perintah kawalan pergerakan demi memutuskan rantaian Covid-19, Mbah Sum masih berjualan kerana memerlukan duit untuk membayar sewa rumahnya.
Masih mampu tersenyum
Dalam keadaan yang sukar itu, nenek tua tersebut masih boleh tersenyum dan tertawa disaat orang lain sebak melihatnya. Dia yang menggendong bakul berisi jamu serta makanan, hidup sebatang kara dengan pendapatan tidak seberapa.
Bayaran sewa lagi mahal dari untung jualan
Dalam perkongsian itu juga, pengguna Twitter telah membuka peluang kepada rakyat Indonesia untuk menyalurkan derma kepada nenek berusia 80 tahun itu.
Dalam muat naik itu, dia memberitahu bahawa Mbah Sum memerlukan 700 ribu rupiah untuk membayar sewa rumah sedangkan pendapatan hariannya adalah sebanyak 3 ribu rupiah sahaja.
Semoga nenek diberikan kesihatan yang baik
Yang ni susah nak baca, sebak
Sumber : OMM via Zikrirahma96