Tidak semua orang mendapat peluang dibesarkan dengan ibu bapa kandung sendiri . Malah, ada yang sedari kecil sudah diuji dengan pemergian orang tua. Namun mujurlah masih ada mendapat ehsan dijaga oleh ahli keluarga yang lain.
5 beradik dijaga nenek sejak kecil selepas si ibu pergi menghadap Ilahi
Menerusi beberapa perkongsian video di laman TikTok @ainanatra, dirinya bersyukur kerana neneknya sanggup menggalas tugas membesarkan mereka 5 beradik menggantikan si ibu yang sudah pergi menghadap Ilahi.
Walaupun sudah tidak sesihat dulu, dia berharap semoga wanita itu masih dipanjangkan umurnya.
Adakalanya nenek sudah tidak dapat kenal akan cucu cicit macam dulu
Katanya, warga emas tersebut telah menjaganya sejak berusia 6 tahun sehinggalah kini beranak tiga. Biarpun ada kalanya si nenek sudah tidak dapat mengingati atau mengenali mereka semua namun dia masih berharap semoga wanita itu berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.
Jaga orang tua semampu mungkin. InsyaAllah jika balasan tidak di dunia, akhirat menanti
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata sebak apabila melihat rakaman video yang menyentuh hati berkenaan. Mereka semua turut tidak melepaskan peluang mendoakan kesejahteraan wanita tua itu. Ada juga mengambil peluang meluahkan rasa rindu kepada nenek mereka yang sudah tiada.
Rindu arwah nenek saya
Semoga nenek sihat selalu
Saya pun dibesarkan oleh nenek
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih
Sumber: TikTok Ainanatra via Erin Sakura