Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai sebuah jenama pembekal kain popular yang didakwa menyentuh isu bangsa Melayu sehingga menimbulkan rasa berang dalam kalangan netizen.

Justeru, terdapat segelintir individu yang berhasrat bagi memboikot jenama tersebut dan memilih butik lain sempena menjelang bulan Syawal tidak lama lagi.

Seorang pengguna laman Facebook, Hazwan Iskandar menyeru orang ramai untuk memberi sokongan dengan membeli pakaian di butik pendakwah terkenal ustaz Ebit Lew iaitu Elew’s Design di Bangi, Selangor.

“Kepada semua umat Islam di Malaysia…”

“Apa kata mulai sekarang korang beli kat kedai ustaz Ebit Lew yang telah banyak membantu orang susah di negara ini.

“Mari kita beli baju kat kedai ustaz, saya mesti beli dua pasang baju raya nanti,” tulisnya menerusi group ‘Sayap Kanan Fan Club’.

Rata-rata netizen memberikan reaksi positif dimana turut menyatakan sokongan padu terhadap kenyataan Hazwan bagi membeli koleksi kurta lelaki di butik berkenaan.

Support produk Ustaz Ebit

Betul. Sepatutnya kita sokong peniaga islam yang pemurah

Sokong sokong, Ustaz banyak tolong orang susah

Rela melabur di butik ustaz

Bagaimanapun menerusi laman Instagram butik tersebut, sesi pembelian hanya dilakukan secara ‘online’ dan butik telah ditutup buat sementara waktu.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik.Terima kasih

Sumber: OMM via elews_design

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *