Tunjuk Bukti Duit Hasil ‘Content’ Guna Bantu Orang Susah, Netizen Sokong Tindakan Anju
Nama Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju, kini sedang meniti di bibir netizen dan juga segelintir golongan artis, ada yang memuji malah ada juga yang menghinanya.
Namun, dalam pada semakin ramai pihak yang cuba menjatuhkannya, pelakon anak pontianak ini tetap juga meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Biar aku buat pahala dulu…
Peka dengan masalah kewangan yang berlaku ketika tempoh PKP ini, Anju dengan bergerak sendiri sebenarnya telah menjalankan beberapa misi bantuan.
Hasil duit review & donation korang
Menggunakan hasil pendapatan yang diperolehi daripada membuat IG review dan beberapa lagi sumbangan yang disalurkan, Anju menggunakannya untuk membeli barangan dapur untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.
Video Penuh Bukti Duit Hasil ‘Content’ Guna Bantu Orang Susah
Bagus jugak die ambik kesempatan untuk buat paid review, win win situation
Melihat kesungguhan Anju ingin meringan beban golongan susah, rata-rata netizen menyifatkan pelakon drama Anak Pontianak berhati mulia meskipun di luaran nampak ganas.
Good job Anju!
Kami support you dari Sakinah
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih
Sumber: OMM