Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kadangkala anak-anak tak dapat nak beri perhatian lebih untuk ibu bapa yang semakin uzur kerana tuntutan kerja atau komitmen lain.

Akan tetapi, mereka pasti akan mengukirkan senyuman atau berasa terhibur jika anak cucu datang meluangkan masa.

Perkara kecil seperti memberikan mainan pun pasti akan dihargai seperti seorang warga emas dalam video TikTok ini.

 

Nenek tak dapat tahan rasa geli hati bila patung itik ikut gelak sekali

Pengguna TikTok @5scuoi berkongsi sebuah video memaparkan seorang nenek tua sedang terbaring di atas katil sambil memegang sebuah patung mainan itik.

Pada mulanya, dia hanya ketawa mungkin kerana melihat sesuatu yang lucu. Walau bagaimanapun, patung itik berkenaan meniru gaya gelaknya menyebabkan warga emas terbabit terkejut sebelum turut sama meletus ketawa.

Situasi lucu itu berlarutan apabila wanita berkenaan terus terhibur sehinggalah akhirnya patung tersebut diletakkan di sebelah.

Cute sangat video ni… gelak tawa macam ni lah yang patut kita hargai

Video berdurasi 14 saat itu meraih lebih 2.3 juta tontonan setakat ini di TikTok. Rata-rata netizen akui sangat terhibur dan beranggapan ketawa warga emas berkenaan bagaikan berjangkit kepada para penonton.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga berhasrat untuk mendapatkan patung yang sama buat nenek masing-masing.

This made my day..

I cant stop laughing..

I miss my grandma…

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: TikTok @5scuoi  via Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *