Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Umum sedia maklum mengenai ikatan cinta antara pelakon Nonny Nadirah dan Niezam Zaidi, malah pasangan tersebut pernah merancang untuk disatukan dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun ternyata jodoh mereka tidak kesampaian apabila aktress tersebut menerusi perkongsian di Instagram memberitahu, dia dan Niezam sudah tiada lagi ikatan cinta.

Nonny & Niezam tak jadi kahwin

Pelakon drama Istikharah Cinta itu menitip ucapan selamat hari jadi kepada Niezam dan mengumumkan pembatalan bagi membina ikatan perkahwinan mereka.

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan…”

Tolong doakan untuk kami

Sementara itu, Nonny yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia ke-5 meminta jasa baik semua untuk mendoakan dirinya dan juga Niezam, agar kedua-dua mereka bertemu jodoh yang baik.

Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya. Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang…”

 

Jom lihat komen netizen,

Maknanya i boleh masuk line..

Moga Allah permudahkan

Takpe nonny jodoh belum sampai lagi. Sabar itu indah

Sebagai rekod, Nonny pernah berkahwin namun rumah tangga yang dibina bersama Mustain Adnan pada Mac 2018 hanya bertahan selama setahun.

Dah baca? Jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Nonny Nadirah via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *