Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Malaysia ada harapan ‘menang’. Hari ini menerusi maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan status terkini bagaikan memberi sinar baru untuk negara kita.

Menerusi sidang media, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata hari ini umlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 36 orang. Iaitu angkanya lebih sikit berbanding sebelumnya.

Kes baru semakin berkurang

Manakala, jumlah pesakit discaj adalah seramai 98 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,295 kes.

Tiada catat kematian hari ini

Sukacita dimaklumkan setakat hari ini tidak mencatat kes kematian Covid-19, menjadikan rekod sifar untuk angka korban hari ini. Keseluruhan kes kematian di negara kita kekal sebanyak 89 kes.

Mendapat tahu perkhabaran gembira itu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan berharap Malaysia akan kembali pulih dan bebas daripada Covid-19.

Sementara itu, pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 45 orang dan 28 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Walaubagaimanapun WHO jangkakan kita mungkin akan ‘berperang’ dengan COVID-19 sehingga tahun depan,” kata Dr Noor Hisham dalam sidang media yang berlangsung hari ini.  (Rujuk video ke 27:03)

“Jadi, masalah sekarang ini bagaimana kita kena rancangkan strategi untuk tahun hadapan. Dan paling penting sekarang ini, kita dapat kurangkan kes tapi kita bukan tamatkan kes. Mungkin akan terjadi dalam kluster ataupun kes-kes terpencil satu dua kes sporadic.”

Haramkan setahun keluar masuk warganegara malaysia ke luar negara

Selagi tiada vaksin, selagi itu semua orang berisiko

In shaa Allah tak berlarutan lama

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: KKM via siakap keli & OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *