Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1442H, pelakon jelita Mawar Rashid mengambil keputusan bagi melakukan ‘penghijrahan’ dengan tampil berhijab.

Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mengumumkan perkara tersebut semalam menerusi sebuah posting di Instagram dengan memuat naik sekeping gambar memakai hijab.

Pelakon berusia 25 tahun itu berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya agar kekal kekal istiqamah dalam melaksanakan tuntutan dalam Islam itu.

“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula. Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin,” 

Selain itu, tinjauan pada ‘feed’ Instagram miliknya sebelum ini mendapati kebanyakan hanyal tinggal posting gambar dan video yang mengenakan hijab.

Suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob turut menyambut baik keputusan tersebut dengan berkongsi beberapa dalil mengenai ganjaran syurga dan bidadari.

Moga kita sentiasa beristiqamah dalam mencari redha Allah!

Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu perlahan-lahan melatih diri untuk memakai tudung sepanjang Ramadan lalu sebelum terus berhijab.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber : Mawar Rashid via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *