Tiada apa dapat menggembirakan hati barisan hadapan di wad hospital selain melihat pesakit mereka yang berjaya sembuh selepas dijangkiti Covid-19.
Perasaan gembira itu sudah tentu dirasai sekumpulan ‘frontliner’ di Hospital Tawau, Sabah apabila seorang pesakit positif kritikal tahap lima telah disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan discaj semalam.
Perkara itu dikongsi salah seorang pegawai perubatan hospital berkenaan, Solomon Vengadasalam Krishnan yang meluahkan rasa syukur atas kesembuhan dan kejayaan rakan sepasukannya.
“We discharged well a class 5 (critically ill) Covid positive patient back home yesterday! Praise God! #covid19,” tulisnya di laman Facebook.
Perkongsian itu menerima 1,2K tanda suka, dan pelbagai reaksi netizen yang turut berbangga dengan usaha gigih ‘frontliner’ dalam mengekang penularan wabak tersebut.
Tahniah frontliners, semoga dalam rahmat Allah
Anda adalah hero kami
Kalau bukak mask semua tu mesti terselah senyuman di wajah mereka
Sumber :OMM via Solomon Vengadasalam Krishnan