Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kesenangan yang kira perolehi hari ini adalah rezeki yang telah dikurniakan Ilahi, tak lupa juga, ada yang mempunyai hidup yang kurang bernasib baik.

Di Twitter, seorang lelaki berkongsikan gambar yang membuatkan ramai tersentuh hati apabila melihatnya. Tambahan pula, gambar tersebut menyedarkan orang ramai untuk terus bersyukur dengan kehidupan serta ketentuan yang sedia ada.

Ada yang lagi susah

Sekeping gambar seorang lelaki gelandangan sedang tidur di atas pembahagi jalan telah berjaya membuka mata pemuda dan para pengguna laman Twitter.

Ramai yang masih tak tahu, masih ramai lagi individu di luar sana yang terpaksa menjadikan jalanan sebagai tempat berteduh.

Sedihnya aku tengok…kesian..

Keadaan yang menimpa lelaki berkenaan sudah semestinya membuatkan para pengguna Twitter simpati dengan nasib yang menimpa dirinya.

Pelbagai komen yang menyatakan rasa kasihan kepada pakcik itu kerana tidur di tempat yang kurang selamat dan banyak anasir di sekelilingnya yang boleh membahayakan pakcik tersebut.

Kemudian netizen pun komen,

Rata rata pengguna twitter meluahkan rasa hiba kerana sedar ada orang yang mempunyai kehidupan yang kurang senang berbanding kita yang mempunyai segala kelengkapan untuk hidup ini.

Boleh kita simpulkan, walaupun ujian dan musibah besar menimpa kita, ingatlah, di luar sana masih terdapat manusia yang lebih besar ujiannya, jadi didiklah hati untuk bersabar dan berusaha membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.

Ha dah baca, jangan lupa komen yang baik baik sahaja!

Sumber : BD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *