Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Baru-baru ini, media melaporkan vaksin buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan wabak Covid-19.

Namun siapa sangka, pasangan saintis Muslim dari Turki iaitu Dr Ugur Sahin dan Dr Oezlem Tuereci adalah ‘tulang belakang’ di sebalik penghasilan vaksin yang didakwa berkesan itu.

Menurut laporan Daily Mail dan Muslim Mirror, Ugur mempunyai kepakaran dalam bidang imunoterapi manakala isterinya merupakan ahli lembaga pengarah BioNTech, sebuah syarikat miliknya.

Pasangan yang berkahwin pada 2002 itu amat berminat bagi melakukan penyelidikan sebelum menubuhkan syarikat untuk membangunkan alat imunoterapi kanser.

Malah, Yayasan Bill & Melinda Gates turut melaburkan $55 juta dalam syarikat tersebut. Pasangan itu juga disifatkan merendah diri dengan kehidupan serba sederhana walaupun menjadi antara 100 orang terkaya di Jerman.

Justeru tidak dinafikan, pasangan yang masing-masing berusia 55 tahun dan 53 tahun itu mampu memberi harapan sebenar kepada dunia termasuk mereka yang menderita akibat wabak berkenaan.

Jika dilihat, banyak negara mendakwa mempunyai vaksin yang mampu melawan Covid-19 namun keberkesanannya masih belum dapat dipastikan lagi.

Sumber: Daily Mail , Muslim Mirror via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *