Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelakon Bollywood dan Hollywood Irrfan Khan, terkenal di peringkat antarabangsa  yang pernah membintangi filem Slumdog Millionaire, Life of Pie dan Jurassic World, telah meninggal dunia pada usia 53 tahun.

Difahamkan, menurut agensinya, Irrfan meninggal di sebuah hospital di bandar barat Mumbai.

Derita tumor endokrin

Pada tahun 2018, pelakon itu pernah membuat status di Twitter, mengatakan bahawa dia didiagnosis dengan tumor endokrin, penyakit yang jarang berlaku yang mempengaruhi sel-sel yang melepaskan hormon ke dalam aliran darah.

Dua bulan setelah dia membuat diagnosis, dia menulis surat terbuka tentang pengalamannya dengan rawatan barah, yang mencerminkan “intensiti” kesakitannya dan “ketidakpastian” kehidupan.

Perjalanan hidupnya melawan penyakit, mendapat banyak sokongan daripada peminatnya di seluruh dunia.

Kehilangan cukup besar

Dalam pada itu, rakan-rakan artis turut mengucapkan ucapan takziah di atas pemergian Irrfan, rata-rata menyifatkan ia adalah satu kehilangan yang besar dalam industri seni Bollywood.

Kajol berduka dengar kehilangan Irrfan

Antara pencapaian terbaik, Irrfan, pada tahun 2013, dia memenangi Anugerah Filem Nasional India untuk peranan utamanya dalam Paan Singh Tomar, sebuah biopik mengenai atlet terkenal yang menjadi penyamun.

Patut dah lama tak tengok dia berlakon

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: BBC via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *