“Woi Hang Rakam Apa..” – Skali Lagi Pelawak Buat Onar?

“Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja dorang buat. Hari tu sorang jadi tauke ayam. Yang ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu..” – Netizen

Individu yang didakwa pelawak terkenal ini sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila namanya dikaitkan dalam satu video tular yang mendakwa dirinya sedang berurusan jual beli ‘barang’.

Menerusi video yang dirakam, individu yang dikatakan dari kumpulan popular itu tiba-tiba mengamuk apabila mengetahui urusan yang dilakukan dengan seorang penunggang motosikal sedang dirakam.

Individu itu dilihat bergegas keluar dari kereta jenis perodua Myvi yang dibawa dan meluru ke arah si perakam dan seolah-olah berlaku pertelingkahan.

“Woi! Hang rakam apa?” kata individu itu dalam loghat Utara.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter pada jam 8.59 malam, hari ini, sudah ditonton lebih 15,000 dan diulang kicau lebih 312 kali.

“Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja mereka buat.

“Hari tu seorang jadi tauke ayam. Kali ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu,” ciap pemilik akaun Twitter yang memuat naik video berkenaan.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan mendakwa individu terbabit mirip pelawak itu berdasarkan loghat dan suara. Namun ada juga yang menyangkal tuduhan itu.

Sehingga kini, individu yang didakwa mirip pelawak itu belum dikenal pasti atau dapat dibuktikan oleh sesiapa.

Jom lihat apa juga kata netizen:

“Kalau mcm ni punya netizen.. persatuan penyiasat persendirian dah boleh gulung tikar..unit siasatan polis pun takyah turun padang duduk kt ofis goyang kaki minum kopi sambil baca komen netizen..terbaikkk..oh lupa detektif Conan dah boleh pencen..”

“Ya allah..aku baru habis siasat pasal kak gee…masuk Pula kes pelawak buat keje baru….jadinya nak tidor ke nak sambung buat keje Ni..”

Jom Lihat Video Dibawah:

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM via Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *