Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pada tahun lalu, pemilik muzium Rumahku Muziumku, Nordin Ali dikhabarkan telah menutup muzium persendirian kerana barang antiknya kerap dicuri oleh pengunjung yang datang.

Bahkan, beliau sempat luahkan kekecewaan dan berasa sedih kerana terdapat pengunjung yang sengaja mengambil barang antik miliknya tanpa pengetahuan dan kebenaran.

“Muzium ini dah kehilangan tuannya…”

Pada 10 Julai yang lalu menerusi perkongsian oleh anak kepada Nordin Ali menerusi laman Twitter, telah menyatakan bahawa pemilik muzium percuma berkenaan telah kembali kepada Sang Pencipta.

Gambar terakhir jenazah arwah bapa…


“Terima kasih Pakcik Nordin…”

Sudah tentunya pemergian pakcik Nordin Ali ini turut meninggalkan kesan buat para pengguna laman Twitter. Bahkan ramai juga yang memberi peringatan kepada individu-individu yang bertindak mencuri barang antik milik arwah, agar memohon maaf atas perlakuan berkenaan.

Salam takziah buat keluarga arwah


“Harap yang mencuri tu boleh la merangkak kat akhirat mintak maaf”

“Agak2 ada rasa bersalah tak yang mencuri tu”
“Sedialah pulangkan barang2 tu…”

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.\

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *