Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Seorang pemuda berkongsi sebuah kisah inspirasi di laman Facebook mengenai seorang penghantar makanan GrabFood yang menghantar pesanan minuman di hadapan rumahnya.

Menurut Edmund Gan disebabkan ‘musim’ Covid-19, beliau meminta ‘rider’ tersebut meletakkan sahaja minuman itu berdekatan pagar rumah sebelum keluar mengambilnya.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba penghantar makanan berkenaan memanggil memohon bantuan dan alangkah terkejutnya pemuda berbangsa Cina itu apabila melihat ‘rider’ tersebut kudung kedua-dua tangan.

“Adik boleh tolong angkat? Abang ni tak dapat buat”

“Masa tu saya jadi kaku sekejap sambil mata terus memandang. ‘Rider’ tu pun pandang saya penuh persoalan dan berkata “tak payah cari, memang sudah tiada (tangan),” ceritanya.

Selepas melihat dengan mata sendiri, beliau sedar itulah sebabnya ‘rider’ tersebut meminta pertolongan bagi mengeluarkan minuman dari beg GrabFood berkenaan.


Tambah Edmund, beliau kagum dengan kesungguhan dan kecekalan ‘rider’ itu yang berusaha sendiri dalam mencari rezeki walaupun mengalami kecacatan fizikal akibat kemalangan sewaktu kecil.

Ni baru betul orang rajin!

Semoga dimurahkan rezeki

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber : Borak Daily via Edmund Gan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *