Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, Sabah menjadi negeri ketiga yang mencatat kes tertinggi Covid-19 di negara ini.

Bagi petugas perubatan di hospital, komitmen sepenuhnya diberi dalam memastikan pesakit mendapat rawatan pencegahan sekaligus tidak berjangkit dengan orang lain.

Malah kadangkala akibat terlalu sibuk, mereka tidak sempat menjamah makanan demi memberikan perkhidmatan terbaik sehingga tamat waktu bertugas.

Namun mujurlah baru-baru ini terdapat satu pertubuhan kebajikan di negeri itu secara sukarela menyumbang makanan segera kegemaran ramai iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) kepada petugas yang terlibat.

Lebih kurang lapan bungkusan KFC dibeli di restoran sebelum diagihkan kepada wakil petugas di luar hospital yang sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati mereka. Siapa yang tak suka makan kan?

Walaupun kelihatan agak letih, namun mereka masih mampu tersenyum dan melayani sularelawan terbabit yang sudah tentu bersyukur atas rezeki serta pemberian tersebut.

Menerusi ruangan komen di facebook, rata rata warganet memuji tindakan pemuda ini. Tak luak pun kalau kongsi rezeki kan! Alhamdulillah

Jasa anda kami hargai sepanjang hayat

Orang malaysia baik2

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *