Siapa lagi tidak kenal dengan pasangan Youtuber Sugu Pavithra, dek kerana memaparkan gaya video yang bersahaja dan menggunakan bahasa Melayu telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia.
Semakin dikenali dan diminati, nampaknya video-video yang dihasilkan oleh pasangan ini mendapat ikutan ramai dengan jumlah pelayar yang bertambah.
Pendapatan makin baik
Justeru, tidak dapat dinafikan pasangan ini berjaya mendapatkan pendapatan yang agak lumayan, sehingga membolehkan mereka membeli rumah baru.
Sugu Pavithra beli rumah baru!
Menerusi video terkini yang telah dimuat naik, memaparkan pasangan ini berkongsi berita gembira apabila berpindah ke rumah baru.
https://www.youtube.com/watch?v=j4832YZV6pM&feature=emb_title
Suami berhenti kerja, fokus buat video
Rumah baru itu terletak di di Pekan Sungai Siput, Perak, memandangkan suaminya, M-Sugu, sudah tidak lagi bekerja di ladang. Ini kerana, dia mahu fokus dalam penghasilan video di Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=WS-jW9DGXxs&feature=emb_title
Sikap rendah diri pasangan ini menjadikan ramai orang mula mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah pengikut dalam masa yang singkat. Semoga terus berjaya Sugu Pavithra!
Semoga keluarga Sugu Pavitra terus sukses
Suka dia ni, tutur bahasa lembut dan fasih
Tahniah, rajin usaha pasti berjaya
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih
Sumber:OMM