Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak semalam, viral di media sosial status hubungan diantara pengacara Neelofa dan juga pendakwah bebas, PU Riz yang didakwa seolah olah ‘berantakan’ selepas status dan Instagram Story yang dimuat naik adik beradik Neelofa.

Malah kesemua foto-foto sewaktu majlis merisik juga sudah tidak lagi kelihatan di ruangan Instagram mereka termasuk ibunya, Datin Noor Kartini.

Terbaru, Neelofa tampil menjawab spekulasi-spekulasi yang timbul dan menjadi persoalan orang ramai. Menurutnya, dakwaan mengenai kononnya dia sudah bernikah di Kelantan adalah tidak benar sama sekali.

Tuduhan tak berasas

Berkenaan dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam, pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar tentang diri saya dan keluarga. Berikut adalah penjelasan penuh berkaitan beberapa hal yang banyak dibualkan di media sosial.

Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami.

Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan. Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.

Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.

Tak kena minyak pengasih

Kononnya terkena buatan minyak pengasih. Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat. Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik.

Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya. Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris, Saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber : Neelofa via OB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *