Umum sedia tahu karya lukisan dari Artortoise kerap menghiasi media sosial seluruh rakyat Malaysia. Karya kartun yang sering memberi senyuman kepada seluruh negara ini dihasilkan mengikut situasi keadaan semasa.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini pengasas Artortoise dikhabarkan tidak berapa sihat dan sudah beberapa kali di masukkan ke Hospital Selayang.
Meninggal dunia pagi tadi
Dukacita dimaklumkan bahawa Mohd Ikhsan bin Kamarudin atau @ikhsane Artortoise dimaklumkan telah ‘pergi’ pagi tadi susulan menderita penyakit Hepatitis B atau hati. Hal tersebut telah dinyatakan di laman Facebook Artortoise sebentar tadi.
Karya2 yang diingati seluruh rakyat Malaysia
Sepanjang tahun ini, beberapa karya allahyarham Ikhsane telah berjaya mencuri perhatian warganet dan pastinya memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana situasi yang digambarkan sangat dekat dengan masyarakat.
Menteri & artis turut ucap takziah
Menerusi media sosial, ramai yang mengucapkan salam takziah diatas pemergian pengasas Artortoise tersebut dan masing-masing sempat mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih
Sumber: Artortoise via OMM