“Pengawas Sekolah ke tu..” – Kawan kongsi Foto Dhabitah Sabri waktu sekolah menengah, Comel je

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri meneruskan aksi cemerlang pada separuh akhir sekali gus layak ke final acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, esok.

Dhabitah Sabri, 22, yang tidak lekang dengan senyuman setiap kali menghabiskan terjunan manamatkan saingan di kedudukan keenam daripada 18 penerjun dengan mengumpul 312.60 mata selepas melengkapkan lima terjunan.

Keputusan itu menyaksikan dia menyertai 12 penerjun lain mara di peringkat perebutan pingat.

Rata rata masyarakat mendoakan agar Nur Dhabitah sentiasa semangat dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjalanan di peringkat akhir.

Menerusi halaman Instagram nya, Nur Dhabitah juga berkongsi perkongsian kawan nya yang bernama “Qi Xuan” yang mengimbas kembali waktu persekolahan dulu. Min tengok comel je Nur Dhabitah. Kan?

Terdahulu, pada usia enam tahun, Nur Dhabitah Sabri sudah berani menaiki roller coaster.

Tiada langsung rasa takut atau bimbang dengan permainan yang dianggap ramai itu sebagai menakutkan.

Dia juga dilihat gemar bermain palang besi gayut setiap kali ke taman permainan bersama dengan adik beradiknya yang lain.

Anak kecil ini juga suka berenang sehingga pantang diajak untuk ke kolam renang, pasti dia akan berikan tindak balas.

Jika ada waktu terluang, anak bongsu pasangan Sabri Hashim, dan isteri, Fazidah Jaafar, sentiasa diisi dengan aktiviti sukan termasuk jenis lasak.

“Ketika berada di taman permainan itu, saya lihat dia dapat bergayut lama dan tangannya nampak kuat. Bukan sekali, malah hampir kebanyakan masa saya lihat dia berjaya berbuat begitu.

“Saya masih ingat ketika usianya enam tahun, bila kita ajak naik roller coaster, dia langsung tak menolak. Malah kelihatan seronok dan teruja untuk menaikinya,” kata Sabri.

Nur Dhabitah Sabri adalah pemenang pingat emas bagi acara terjun 10 meter berirama bergandingan dengan Leong Mun Yee, di temasya Sukan SEA di Myanmar, pada 2013.

Sebelum berjinak – jinak dengan sukan terjun, Bitah lebih dulu menggemari acara renang. Katanya, anak bongsunya itu tidak mengambil masa lama untuk menguasai sukan berkenaan.

“Saya mula ajar Bitah berenang dan tak sangka pula dia cepat belajar dan nampak boleh pergi jauh.

“Saya yakin dia boleh pergi jauh kerana jika tidak, sudah tentu saya tidak akan mengambil risiko pada usia dia yang masih muda.

“Selepas melihat dedikasinya yang tinggi terhadap sukan berkenaan, saya kemudian mula membawanya masuk Kelab Air Shah Alam. Di sana dia diajar oleh seorang jurulatih profesional,” katanya.

Sabri berkata selepas anaknya pandai berenang, dia mula membawa anaknya itu untuk berkenalan pula dengan sukan terjun.

Keputusan itu diambil selepas mendapati saiz badan dimiliki anak gadisnya itu tidak sesuai untuk sukan renang.

“Saya tak sangka dia berbakat rupanya memang dia tak takut dan mempunyai minat tinggi untuk menguasai sukan ini. Selepas itu, kami terus bagi dorongan dan dalam masa setahun saja, dia sudah berjaya layak menyertai Sukan Malaysia,” katanya.

Akui Sabri, pencapaian berterusan Bitah yang cemerlang itu menebus kembali kekecewaan dia ketika zaman muda.

Sementara itu, Nur Dhabitah Sabri, memasang impian untuk bertanding di kejohanan yang lebih tinggi selepas ini selain menjadikan bekas penerjun kebangsaan, Bryan Nickson Lomas yang muncul sebagai atlet termuda beraksi di temasya Olimpik 2004 Athens sebagai idola.

Namun dia akui ia bukan kerja mudah kerana temasya sukan terbesar di dunia itu mempunyai cabaran sangat tinggi kerana membabitkan ramai jaguh antarabangsa.

“Saya akui tahap pencapaian saya masih rendah namun ia bukan penghalang untuk melangkah jauh. Saya sentiasa bersedia untuk maju dan mencapai sasaran yang ditetapkan jurulatih,” katanya.

Berkongsi rahsia kejayaannya dalam bidang terjun, Nur Dhabitah berkata, dia menggunakan teknik refleksi, sentiasa berfikiran positif dan menenangkan diri sebelum melakukan terjunan.

“Sebelum terjun, saya tak fikir benda lain, saya terjun saja. Kosongkan fikiran dari benda-benda serabut dan cuba buat yang terbaik. Saya juga akan memastikan semua orang termasuk diri sendiri berpuas hati dengan terjunan saya walaupun tidak menang dalam sesuatu kejohanan,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: BH & IG Nurdhabitah Sabri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *