Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Setelah tertidur selama setahun sejak Julai tahun lalu, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Shaka dilaporkan menghembuskan nafasnya terakhirnya semalam.

Memetik laporan Liputan6, kanak-kanak berkenaan dilaporkan sudah tertidur sejak usianya memasuki lapan bulan dan tidak pernah bangun selepas itu.

Tertidur sejak umur 8 bulan

Berita duta itu diterima daripada laman TikTok milik bayi berkenaan, @shaka_17 yang dimuat naik dengan kapsyen “Selamat jalan, surga menantimu nak.“

Menurut laporan, Shaka menghidap sindrom ‘Sleeping Beauty’ dimana merupakan gangguan neurologi yang menyebabkan penghidapnya mengalami tidur dalam jangka masa lama.

Sepanjang setahun itu, Shaka dikhabarkan tidak pernah sekalipun bangun atau membuka matanya sehingga meninggal dunia pada usia 18 bulan.

Meskipun sentiasa tidur dan tidak melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain, dia masih mampu makan dan minum apabila disuap oleh ibunya biarpun tidak terjaga atau membuka mata.

Terdahulu, kisah Shaka tular dalam kalangan netizen Indonesia kerana mengalami penyakit ganjil yang mengakibatkan dia tertidur selama setahun.

Salam takziah! Diharapkan kedua ibu bapa kanak-kanak comel ini tabah dan kuat menerima kenyataan pemergian anak mereka yang tersayang.

Dah baca? jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Liputan6.com, TikTok Shakaa via Borakdaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *