Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Susulan pengumuman perintah kawalan pergerakan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak untuk kekal berada di kawasan masing-masing dalam tempoh dua minggu perintah ini dilaksanakan.

Menerusi perutusan khas oleh perdana menteri pada Rabu malam, beliau merayu semua pihak tidak balik kampung bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Peningkatan mendadak gejala wabak COVID-19 seramai 790 kes telah disahkan positif terkena jangkitan, telah mengundang kerisauan buat seluruh rakyat Malaysia.

Tetapi risau dan panik sahaja tidak cukup, jika kita tidak bersama-sama untuk menghentikan dan mengelak daripada menambahkan risiko penularan virus dari China ini.

Menerusi siaran langsung perutusan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan tujuan sebenar pihak kerajaan meminta jangka masa 14 hari untuk semua penduduk di Malaysia menjalani kuarantin.

Sila duduk rumah diam2

Ini kerana, jika semua orang mematuhi arahan kuarantin selama 14 hari ini dengan baik, maka wabak COVID-19 ini akan putus daripada rantaian penyebaran.

Tempoh dua minggu ini sangat penting, ini kerana virus COVID-19 mempunyai hayat inkubasi dalam masa 14 hari untuk kekal bertahan sebelum terhapus.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang. 

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja duduklah diam-diam di rumah, nampak mudah tetapi mampu membendung COVID-19 di negara kita ini… ,” katanya.

Malaysia menyaksikan peningkatan sebanyak 117 kes Covid-29, menjadikan jumlah keseluruhan 790 kes setakat Rabu.

Pada Isnin, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini bermula Rabu sehingga 31 Mac 2020, susulan penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing.

Pada Selasa, Malaysia mencatatkan dua kes kematian pada Selasa akibat Covid-19.

Mangsa pertama merupakan kes ke-178 iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Sementara itu, mangsa kedua pula kes yang ke-358, merupakan seorang pastor berusia 60 tahun dari Sarawak yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

Justeru, diharapkan rakyat Malaysia memberi kerjasama dan bersabar buat sementara waktu ini, jika kita tidak mengikut arahan yang dikeluarkan maka tempoh 14 hari kuarantin mungkin gagal untuk membendung virus.

Jika gagal, tempoh akan dipanjangkan

Maka, pihak kerajaan terpaksa menangguhkan dengan memanjangkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bagi membanteras penyebaran virus sehingga berjaya.

Buanglah sikap pentingkan diri untuk kebaikan bersama, lihatlah pengorbanan para petugas hospital yang bertungkus-lumus merawat pesakit, jalankan peranan kita sebagai masyarakat yang prihatin.

Tolonglah duduk dirumah 

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: MStar & OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *