Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Hari ini satu berita yang mendukacitakan diterima apabila dilaporkan, Pengerusi As-Sabiqun PAS, Ahmad Subky Abdul Latif, 80, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

Menurut seorang anak arwah, bernama Dang Fatiha, bapanya meninggal dunia kerana sakit sindrom myelodyplastic (MDS) iaitu kanser darah.

Meninggal dunia di rumah

Almarhum Ahmad Subky menghembuskan nafas terakhirnya di rumah di Taman Karak Utama, di sisi isterinya, Naznah Taha dan lima anak.

Dimaklumkan, Jenazah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah selepas solat Zuhur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Rauhatus Sakinah, Batu Caves.

Ahmad Subky adalah pengasas akhbar lidah rasmi PAS iaitu Harakah pada tahun 1978 dan pernah menjadi kolumnis tetap ruangan ‘Mens Sana in Corpore Sano’ dalam akhbar itu.

Sebelum memasuki PAS, beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman soleh dan memberi ketabahan serta kesabaran kepada ahli keluarganya

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang bik baik. Terima kasih

Sumber: OMM via BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *