Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

TERENGGANU: Menerusi halaman Facebook Zamri Mohamad, satu perkongsian daripada nya mengenai warga asing dari Myanmar yang difahmkan sedang berjalan kaki dan ingin menuju ke destinasi yang sejauh kira kira 30km. Namun, sikap murni yang diambil oleh Zamri ialah membantu tanpa rasa ragu untuk membantu menghantar mereka.

Perkongsian Zamri:

Ini saudara saya Abdul Kasim 43, dan anak sedaranya Sana Ullah 12 tahun. Mereka berasal dari Myanmar. Dah 7 tahun di sini.

Saya temui mereka berdua berjalan kaki melintasi pejabat saya untuk pulang ke Jakar Kemaman. Anda tahu berapa jaraknya? Lebih dari 30 km beb.. Di tangan ada satu guni terisi beberapa ketul rebung buluh. Bila ditanya untuk apa? Makan .

Bila ditanya lagi, kenapa jalan kaki? Drebar bas demam, tak larat nak bawak bus.. so diorang turun half way..

Ok la.. Saya tak nak memanjangkan cerita tentang itu.

Cuma saya nak kongsi rasa kagum saya kepada golongan penghijrah ini.

1. Mereka mempunyai fizikal dan mental yang cukup kental. Saya tanya tahu tak pukul berapa mahu sampai kalau u terus jalan kaki.. sambil tersengih dia menjawab, drebar bas demam…

2. Pernah menjadi tahanan UNHCR selama 7 bulan sebelum dilepaskan untuk bekerja di malaysia

3. Tidak pernah pulang ke Myanmar cuma sekadar mengirim sekitar RM 700 untuk isteri dikampung.

Lastly, apa pun tanggapan anda kepada saya..

Ketahuilah, perkongsian saya ini bukan untuk menjadi popular, tapi sekadar nak popularkan semula pesanan Nabi s.a.w 1400 tahun dahulu ,

1.Allah akan membantu meringankan kesulitan saya, selama mana saya melepaskan mukmin lain dari kesusahan mereka.

2.Allah akan membantu saya selama mana saya terus membantu saudara mukmin saya.. Aamiin

Begitulah sedikit peringatan juga diberikan daripada nya buat masyarakat diluar sana. Sama sama ambil iktibar dan contoh teladan. Membantu tanpa minta dipuji, membantu kerana ikhlas. Disini, min rimbabara ingin mendoakan saudara Zamri supaya berjaya dunia akhirat dan teruskan membantu, membimbing masyarakat kita pada hari ini.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: FB Zamri Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *