Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Seorang pesakit Covid-19 iaitu Allahyarham Noornadiah Nazirah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.42 pagi tadi. Allahyarham Noornadiah Nazirah dilaporkan meninggal dunia di Sarawak General Hospital.

Kakak dan sepupu kepada mangsa memaklumkan perkara tersebut di laman Facebook. Rata-rata kenalan rapat dan keluarga mendoakan kesejahteraan Noornadiah di sana.

You’re no doubt the best daughter for our parents

Kakak kepada mangsa iaitu Noornajwa Nabilah memaklumkan berita pemergian adiknya itu di laman Facebook. Adik perempuannya itu telah menghembuskan nafas pada jam 9.42 pagi. Mereka sekeluarga turut mengucapkan terima kasih buat sesiapa sahaja yang mendoakan kesejahteraan adiknya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada doktor di Sarawak General Hospital kerana telah menjaga dan merawat arwah sepanjang berada di sana. Difahamkan arwah telah bertarung nyawa selama 11 hari di ICU.

Dia tak pernah tinggal solat, lemah-lembut

Sementara itu, sepupu kepada arwah Noornadiah Nazirah turut meluahkan rasa sayu atas pemergian mangsa yang sudah bertarung dengan Covid-19. Arwah juga disifatkan sebagai seorang yang baik, lemah-lembut dan suka membantu orang dalam kesusahan.

Rindu Memet..Al fatihah

Menerusi ruangan komen ramai sahabat dan warganet mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan semestinya ahli keluarga mangsa akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Noornadiah di syurga sana. Al-Fatihah.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OhBulan via Noornajwa Nabilah Ayuee Yun ,

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *