Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Berbanding di negara-negara lain, Itali kini terus mencatat kadar jangkitan COVID-19 dan kematian yang tinggi hingga mencecah angka 2,000 rakyatnya yang maut akibat virus tersebut.

Jika peningkatan jumlah pesakit naik mendadak lagi, berdasarkan laporan daripada portal The Telegraph, memberitahu Itali berkemungkinan menolak hak rawatan terhadap pesakit yang berusia 80 tahun ke atas.

Pesakit kronik pun tak dapat rawatan

Bukan itu sahaja, pesakit yang mempunyai penyakit kronik dan tiada harapan untuk sembuh juga akan berhadapan dengan nasib yang sama.

Tindakan drastik itu diambil berikutan kekurangan fasiliti apabila jumlah katil di hospital kini tidak mampu lagi untuk menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah.

Kekurangan alat bantuan pernafasan

Malah, kekurangan alat bantuan pernafasan kini semakin terhad dan belum tentu semua pesakit yang dijangkiti dapat menggunakan mesin tersebut.

Doktor tak sampai hati tak bagi rawatan

Namun, kesannya juga dirasai oleh para petugas perubatan yang berada dilema kerana mahu atau tidak, jika undang-undang itu dilaksanan maka mereka terpaksa membiarkan pesakit mati tanpa mendapat rawatan.

Kini, mereka hanya menunggu kelulusan pihak kerajaan berkenaan tindakan drastik tersebut, sekaligus membuatkan ramai pesakit mungkin tidak akan diberi rawatan.

Nyawa mereka macam tak berharga pula

Allahu .. kesiannya

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *