Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

GURAUAN pelawak Abam meminta sahabat baik, Achey menguruskan jenazahnya jika sudah tiada akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Achey, arwah bergurau mengenai perkara itu ketika dia meninggalkan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

“Telah aku tunaikan Abam… walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan,” tulis Achey di laman Instagram pada Selasa.

Achey terkenang gurauan Abam.

Bersama kapsyen tersebut, Achey turut memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan Abam.

“Hahaha thank you sahabat, love you so much, semoga kita kekal sampai mati, Fad dan Achey kalau aku mati tolong kebumikan aku tau,” komen Abam.

Perkongsian Achey itu menerima lebih 124k tanda suka dan lebih 3000 komen.

Pada Isnin, pemergian Abam yang dianggap seperti darah daging sendiri memberi impak besar dalam hidup ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad.

Achey berkata dia bersedia mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang diterima Abam secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

Achey akan teruskan kerja-kerja tertunggak Abam.

Sebelum itu, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Allahu seolah2 dia tahu dia dia pergi dulu

Sedihnyaaa

Masih tak percaya kehilangan abam

Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman

Apa kata anda? Dah baca, jangan lupa like share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *