Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Hubungan mereka sejak lebih sebulan lalu tidak hanya terhad kepada penugasan saja, sebaliknya lebih erat hingga terjalin ikatan persahabatan.

Silaturahim terjalin antara anggota polis dan tentera yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Konstabel Fenddy Jonuri, 28, berkata, dia memperoleh banyak pengalaman manis dan pahit yang dikongsi bersama anggota tentera bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Covid-19 di Damansara, Petaling Jaya.

“Sebelum ini, saya hanya bekerjasama dengan orang awam dan rakan sekerja saja. Apabila kami (polis) mendapat bantuan pihak tentera, penugasan kami menjadi lebih sistematik.

“Mereka (anggota tentera) bukan saja jadi rakan setugas, malah sahabat baru apabila kami sama-sama berkongsi pengalaman berhujan, berpanas dan berdepan dengan kerenah orang ramai,” katanya ketika ditemui.

Fenddy berkata, kerjaya mereka yang tidak banyak beza yakni, menjaga keamanan negara sedikit sebanyak memudahkan kerjasama.

“Namun, tugas polis dengan tentera pastinya berbeza. Melalui kerjasama ini, kami dapat mengetahui bidang tugas masing-masing,” katanya yang bertugas di Balai Polis Damansara.

Sementara itu, Prebet Haikal Rizal, 21, berkata, penugasan bersama polis menjadi pengalaman baru buatnya yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.

“Pada mulanya, janggal juga tetapi kami (dengan polis) menjadi lebih akrab apabila berkongsi cerita mengenai tugas masing-masing.

“Dalam penugasan ini, kami saling bantu membantu antara satu sama lain, memastikan keselamatan semua terjamin,” katanya daripada Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang berpusat di Bentong, Pahang.

Menerusi ruangan komen, netizen berterima kasih kepada semua barisan hadapan dan mendoakan mereka diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Anda semua terbaik

Mereka amat bersopan santun

Semoga kerjasama ini diteruskan

Kedua-duanya hero Malaysia

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *