Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Majlis resepsi pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza seakan di kayangan itu benar-benar kelihatan indah dan cantik. Tambahan pula, kedua-dua mempelai sememangnya mempunyai rupa paras menarik menaikkan lagi seri majlis tersebut. Dengan kek yang ditempah khas berbentuk lampu chandelier, majlis tersebut benar-benar meninggalkan memori indah buat mereka.

Tulis surat  buat isteri beberapa jam sebelum nikah. Namun, sejak hari pernikahan mereka lagi, tindakan Aiman Hakim yang menulis surat cinta kepada Zahirah beberapa jam sebelum diijab kabul sememangnya satu tindakan yang sweet dan romantis.

Surat tersebut tular di media sosial dan membuatkan ramai yang kagum dengan rasa cinta yang diungkapkan Aiman kepada isterinya tu. Tindakan comel tersebut juga bukan sahaja terlihat unik malahan membuatkan netizen terutamanya golongan wanita mendambakan seseorang lelaki seperti Aiman Hakim.

Tulisan dia pun cantik, Nama Aiman Hakim juga trending di Twitter apabila ramai yang bercakap-cakap berkenaan tindakannya itu yang nyata memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja yang melihat posting gambar tersebut.

Orang hantar whatsApp dia hantar surat. namun itu bergantung pada masing masing. macam macam cara untuk tunjukkan romantis pada pasangan masing masing kan? Min rimbabara doakan agar pasangan Aiman dan Zahirah berjaya dunia akhirat dan bahagia sehingga ke akhir usia.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.

Sumber :  Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *