Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sejumlah pegawai kerajaan yang mengadakan pasca mesyuarat Kabinet pada 22 Mei lalu disahkan bebas jangkitan Covid-19 dan akan kembali bertugas esok.

Memetik laporan BH Online, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan ujian saringan yang dijalankan pada hari ke-13 semalam didapati juga negatif seperti sebelum ini.

“Hari ini sebenarnya hari ke-14 daripada pertama kali mereka dikenakan pengasingan dan kuarantin. Kami sudah mengambil calitan dan semua ahli mesyuarat pasca Kabinet itu didapati negatif jangkitan.“Esok mereka boleh memulakan kerja di pejabat dan sebagainya.

Bagi pegawai yang sebelum ini didapati positif, keadaannya sudah semakin baik dan ujian calitan yang dilakukan mendapati ia memperoleh keputusan negatif,” katanya pada sidang media harian Covid-19 petang tadi.

Menerusi ruangan komen, rata rata netizen meluahkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan mendoakan agar TSMY dan staffnya sentiasa sihat dan dilindungi Allah.

Semoga terus sihat dan tabah hadapi keadaan yang lebih mencabar

 

Alhamdulillah, Allah pelihara PM kita

Terdahulu, Perdana Menteri dan sejumlah pegawai kerajaan tersebut menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di rumah selepas salah seorang pegawai dikesan positif Covid-19.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM via BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *