Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diganti dengan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Pengumuman itu dibuat menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada Ahad petang.

“Dalam PKPP, lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjaalni kehidupan seharian

“Bermula 10 Jun, perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” ujar Muhyiddin.

PKPB yang dilaksanakan bermula 4 Mei lalu dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini, susulan tiga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan pada 18 Mac.

Oleh hal yang demikian, aktiviti rentas negeri sudah boleh dilakukan. Rakyat Malaysia sudah boleh pulang ke kampung halaman.

Selain itu, hampir semua aktiviti sosial mulai dibuka seperti pendidikan, sosial serta perniagaan.

Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *