Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Terdahulu, kerajaan menegaskan bahawa tiada kelonggaran dibuat kepada individu bujang untuk rentas negeri bagi pulang ke kampung halaman masing-masing. Perutusan ini terpaksa ditelan pahit kepada individu-individu bujang dan memaksa mereka meraikan Aidilfitri di perantauan.

Sidang media harian oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meninggalkan satu lagi teka-teki apabila beliau menyatakan bahawa golongan bujang perlu bersabar menunggu pengumuman Perdana Menteri esok.

Berkemungkinan dibenarkan merentas negeri!

Dijangka, orang bujang berkemungkinan dibenarkan merentas negeri mulai minggu depan. Namun, perkara ini sekali lagi bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media rasmi esok.

“Untuk orang bujang, saya difahamkan esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, maka kita tunggu. Saya takut kalau saya umumkan nanti berbeza atau lebih awal daripada Perdana Menteri. Tentu saja banyak perkara akan disebut esok, kita tunggu.” Ujarnya pada sidang media hari ini.

Sudah tentunya ucapan daripada Menteri Keselamatan tersebut membuatkan rakyat tidak sabar untuk mendengar perutusan daripada Perdana Menteri esok hari.

Sabar tau semua! Kita tunggu perutusan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin esok hari. Apapun keputusannya, wajar diterima dengan tenang.

Harap dapat la rentas negeri

, Harap boleh lepas negeri ke negeri, Rindu mak ayah!

Tak sabar nak balik jenguk mak ayah

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik2. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *