Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ‘frontliner’ pasti terjumpa pelbagai golongan yang memerlukan bantuan akibat berhadapan kekangan Covid-19.

Terbaru, dua anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang membuat tugasan Ops Covid-19 tampil membantu seorang warganegara Rusia yang telah melahirkan anak di sebuah hotel di sekitar ibu kota.

Menerusi laman Facebook JSPT KL, beberapa gambar dikongsi yang memaparkan anggota polis itu membantu menukarkan lampin pakai buang yang dibeli sebelum mendukung bayi tersebut.]

Setelah mengetahui pasangan suami isteri dari Rusia berkenaan tidak mempunyai duit dan tidak mampu lagi membayar bil hotel, anggota polis membawa mereka ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan pasangan itu telah pergi ke Kedutaan Rusia untuk mendapatkan bantuan pulang ke negara mereka tetapi gagal sebaliknya terkandas di negara ini buat sementara waktu.

Tabik semangat kemanusian yang ditunjukkan frontliner’ kita! Sentiasa cuba membantu walaupun sedikit, tetapi amat bermakna bagi mereka yang mengalami kesusahan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan frontliner ini yang sanggup menolong orang yang dalam kesusahan walaupun stress bekerja.

Besar pahala dapat membantu sesama insan

Menolong atas dasar kemanusiaan

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: JSPT KL via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *