Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Baru dua minggu Ketua Menteri Sabah yang baru iaitu Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Namun begitu, pihak Datuk Seri Hajiji  telah memaklumkan bahawa beliau telah  disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth.

Perkara tersebut dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi Ketua Menteri Sabah malam tadi.

Positif ketika dalan kuarantin kendiri

Menurut laporan daripada Astro Awani pula, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Effendi Mohamed Sunoh, Hajiji telah disahkan positif ketika dalam kuarantin kendiri yang dilakukan secara sukarela selepas terlibat dalam kempen PRN tempoh hari.

“Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi. Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.”

“Hajiji kini menjalani rawatan di QEH bagi rawatan lanjut dan kesihatannya baik serta stabil.” Katanya.

Walau bagaimanapun, menurut sumber, Hajiji tetap akan menjalankan tugas dan tanggunjawabnya di hospital dan akan menjalani rawatan sebaiknya.

Urusan pentadbiran juga akan dilakukan secara atas talian dan berhubung menerusi panggilan telefon selain pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih

Sumber: Astro Awani, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *