Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sewaktu menyambung pendidikan ke peringkat institusi pengajian tinggi, presentation merupakan proses wajib yang perlu dilaksanakan selain assignment bertulis.

Ketika itu, pensyarah akan memberikan tugasan pembentangan topik secara berkumpulan yang terdiri daripada beberapa orang pelajar.

Sebagai penutup, kebiasaanya pembentang perlu bersedia menerima soalan daripada rakan-rakan lain yang turut berada dalam kuliah sama.

Mahu atau tidak, ia haruslah dijawab sebaik-baiknya agar segala pengisian mengenai subjek itu difahami.

Garang macam guru disiplin, dapat soalan pass member sebelah

Namun bagi seorang pemuda ini, sebuah perkara lucu telah berlaku ketika dia baru sahaja tamat membuat presentation di hadapan ramai orang.

Dengan muka yang sedikit garang persis guru disiplin, dia telah menerima soalan dalam Bahasa Inggeris daripada seorang gadis di dalam kelasnya.

Namun dengan sekelip mata, dia menyerahkan helaian kertas kepada rakan sekumpulan di sebelah dan meminta soalan berkenaan dijawab segera.

Rindu zaman belajar…Bila nak jawab semua krik krik krik

Dalam satu lagi rakaman, dia masih bergerak mundar-mandir di hadapan manakala gadis yang bertanyakan solan tadi menjelaskan dirinya hanya mahu membantu kumpulan tersebut.

Hal ini kerana, interaksi sedemikian rupa bakal menyumbang markah kepada tugasan presentation itu. Mendapat jumlah tontonan yang tinggi, netizen mengakui terhibur selain mengimbau kenangan sewaktu zaman belajar dahulu.

Ini komen netizen,

Apa kata anda? Dah baca jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber : TikTok izwanlaa via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *