Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

PRO Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad dilaporkan meninggal dunia pada pagi Ahad.

Dilaporkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Ampang, Selangor.

Berita mengenai pemergian tokoh pendidikan itu turut disampaikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Instagramnya, petang Ahad.

“Hari yang amat sedih bagi saya tatkala guru saya dan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah kembali menemui ilahi awal pagi tadi.”

“Saya berkesempatan mengunjungi beliau beberapa minggu yang lalu. Mendoakan kekuatan dan kecekalan buat keluarga saat ditimpa ujian ini.”

“Semoga Allah mencucuri roh arwah dengan rahmah dan maghfirahNya,” tulis Anwar.

Allahyarham dilantik sebagai Pro Canselor UiTM pada 15 Disember 2002 dan meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Noor Hayati Mohamed.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *