Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak minggu lepas, berlegar-legar di media sosial mengenai teka-teki status perkahwinan di antara pengarah filem, Syamsul Yusof dan juga isterinya Puteri Sarah Liyana.

Ia susulan pelakon wanita tersebut dilihat mengunjungi bahagian undang-undang keluarga Pejabat Agama Islam Daerah Gombak bersama ibu mentuanya.

Muat naik beberapa posting tentang isu main kayu tiga seolah-olah beri bayangan kemelut rumah tangga?

Terbaru, semalam Puteri Sarah telah memuat naik beberapa Instagram (IG) Story seperti memberi bayangan tentang kemelut rumah tangga yang sedang dilalui waktu ini.

Posting berkenaan menyebut perihal bermain kayu tiga. Katanya, soal selingkuh ini bukanlah satu pilihan tetapi kesalahan malah perbuatan tersebut juga tidak mudah untuk dilakukan.

Bertindak mengunci mulut dari memberi statement kepada media tentang masalah yang berlaku

Sebelum ini, pelakon wanita tersebut hanya bertindak mengunci mulut dari media soal kemelut berkenaan manakala suaminya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat kesejahteraan keluarganya.

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam juga berharap masalah di antara anak dan menantunya dapat diselesaikan dengan baik.

Terdahulu, foto kedua-dua suami isteri ini bergambar bersama juga tidak kelihatan sejak Mei lalu menambahkan lagi spekulasi yang timbul.

Puteri Sarah turut tidak lagi dilihat mengikuti akaun Instagram milik suaminya.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima Kasih.

Sumber:  Puteri Sarah Liyana via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *