Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas genap seminggu isterinya Ardell Aryana bersalin, pelakon Nadzmi Adhwa mendedahkan jantina dan wajah serta mengumumkan nama bayi sulungnya.

Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 28 tahun tersebut berkongsi sebuah video selain meluahkan perasaan syukur atas kelahiran cahaya mata pertama itu.

Jom lihat video dibawah:

“Arwa Malaikha Urwa binti Nadzmi Adhwa. @babyadhwardell My precious baby girl ni lahir pada hari Jumaat juga.“Alhamdulillah umur dah masuk 7 hari. Video ni masa lepas Urwa lahir dan diqamatkan. Terima kasih Allah atas kurniaan mu ini. Salam Jumaat,” 

Posting berkenaan dihujani komen peminat dan pengikut pasangan tersebut yang mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan Arwa Malaikha Urwa yang putih melepak.

Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis sederhana yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September lalu.

Putih melepak!

Comelnya baby!

Cantiknya!

Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *