Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Biasa kita mendengar tentang ujian ketika bertunang. Pelbagai masalah dan juga dugaan terpaksa ditempuh pasangan yang ingin melangkah ke fasa perkahwinan.

Namun begitu, tidak semua masalah boleh membawa kepada putusnya ikatan andai kita mampu menangani cabaran tersebut bersama-sama pasangan.

Tunang ada orang lain?

Bagaimanapun jika hati sudah berubah, agak sukar untuk diselamatkan. Hal tersebut sama seperti luahan daripada seorang lelaki yang tular di media sosial berkenaan kisah pertunangannya.

Menerusi perkongsian Zuhaily Razali di laman Twitter, dia telah memutuskan tali pertunangan dengan pilihan hatinya tanpa sebarang sebab yang kukuh.

Drive2 Melaka-Kedah demi selamatkan hubungan

Menurutnya, dia telah pergi ke Kedah dari Melaka untuk menyelesaikan masalah antara mereka. Namun wanita itu tetap tidak mahu meneruskan sebarang hubungan.

Dia telah pulang kembali ke Melaka dalam keadaan kecewa dan lebih menghampakan adalah cincin pertunangan yang diberi telah dijual dan ingin menggantikannya dengan wang tunai sahaja.

Buka aib dekat orang sekeliling

Dia juga mendakwa tunangnya itu telah menyebarkan perkara tidak baik sehingga dirinya kelihatan jahat di mata orang lain. Namun akhirnya, bekas tunang Zuhaily mengakui sudah mempunyai teman baru.

Pergi bercuti dengan pakwe baru

 


Tuntut permohonan maaf

Pemuda tersebut sempat memberi peringatan kepada wanita itu supaya memulangkan barang sewaktu bertunang dan membuat permohonan maaf kepada keluarganya disebabkan apa yang telah berlaku.

Menurut Zuhaily, dia hanya mahukan pembelaan atas segala kerugian yang telah ditanggung.

Posting tersebut meraih perhatian warganet sehingga mendapat lebih daripada 23,000 tanda suka dan perkongsian semula.

Rata-rata menasihati pemuda itu supaya tabah dan sabar dengan apa yang berlaku. Mereka turut mendoakan agar Zuhaily terus bersemangat dan melupakan episod sedih dalam hidupnya itu.

Jom baca komen netizen

Hubungan jarak jauh ni susah bro

Stay strong

Boleh bawa ke mahkamah

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Zuhaily Razali via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *